Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 2, 2008





KeputusanABP2006

* Bintang Paling Popular: MAWI
* Anugerah Biduan Veteran: JEFRYDIN
* Anugerah Seniwati Veteran: DATIN UMI KALTHUM
* Anugerah Khas Bintang Popular: DATUK JAMIL SULONG
* Pelakon Filem Lelaki Popular: SAIFUL APEK
* Pelakon Filem Wanita Popular: FASHA SANDHA
* Penyanyi Lelaki Popular: MAWI
* Penyanyi Wanita Popular: DATUK SITI NURHALIZA
* Penyanyi Nasyid Popular: RABBANI
* Artis Berkumpulan/Duo Popular: MAWI DAN JAMAL ABDILLAH
* Pelakon TV Lelaki Popular: ROSYAM NOR
* Pelakon TV Wanita Popular: FASHA SANDHA
* Artis Komedi Lelaki Popular: SAIFUL APEK
* Artis Komedi Wanita Popular: SHEILA RUSLY
* Artis Baru Lelaki Popular: FAIZAL AF4
* Artis Baru Wanita Popular: FARAHWAHIDA
* Pengacara TV Lelaki Popular: AZNIL NAWAWI
* Pengacara TV Wanita Popular: FARAH FAUZANA
* Penyampai Radio Lelaki Popular: HALIM OTHMAN
* Penyampai Radio Wanita Popular: LINDA ONN


EGITU pantas masa berlalu, selepas berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang awal tahun lalu, majlis anugerah yang boleh dilabelkan sebagai `pilihan raya' khusus untuk artis kini kembali lagi. Mulai hari ini, jika pembaca menyelak akhbar Berita Harian, pasti akan melihat borang senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABP-BH 2007) disiarkan.

Ini bermakna, bermulalah tanggungjawab mereka yang selama ini mengaku menjadi peminat dan penyokong setia seseorang artis itu untuk mengundi selebriti kesayangan mereka. Seperti yang selalu ditekankan penganjur sebelum ini, apabila membuat pilihan, mengundilah dengan bijak.

Memetik ucapan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) yang juga Penaung ABP-BH 2007, Datuk Manja Ismail pada majlis sidang media pelancaran ABP-Bh 2007 di Palace Of The Golden Horses kelmarin, sebagai pengundi mereka perlu melaksanakan mandat yang diberi mengikut naluri sendiri.

Lazimnya, sebaik saja acara selesai, pasti terdengar rungutan yang mengatakan kebanyakan pemenang terdiri daripada orang yang sama. Perlu diingatkan, sebagai majlis anugerah yang keputusannya seratus peratus ditentukan pembaca, pasti hasilnya juga adalah apa yang diinginkan pembaca.

Justeru, jika mahukan angin perubahan, jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan bijak tanpa mengikut telunjuk sesiapa. Selalu yang terjadi, kebanyakan pengundi memilih jalan selamat dengan mengundi mengikut cita rasa orang lain serta berdasarkan keputusan terdahulu.

Bukan cuba untuk memperkecilkan kredibiliti pengundi sebelum ini, tetapi kalau itulah formula yang digunakan, sampai bila pun pola pengundian tidak akan berubah dan hasilnya seperti itu juga. Jadi jangan salahkan pihak penganjur kerana kami sedaya upaya memberi ruang untuk pengundi memilih siapakah yang mereka rasakan layak untuk dinobatkan sebagai popular.

Sebagai peringatan, apabila borang sudah di tangan, pilihlah calon mengikut cita rasa, kehendak serta selera diri sendiri dan bukannya bergantung kepada apa yang orang lain suka. Bak kata pepatah, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, tinggal untuk berkayuh saja.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ke tua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Datuk Aziz Bakar, Pengarah Pemasaran NSTP, Pat Wahid dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABP-BH yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian; Hanizam Abdullah.

Berdasarkan situasi industri muzik yang semakin suram, penganjur turut memberi kelonggaran kepada calon un tuk kategori Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular apabila setiap calon mesti sudah merakamkan satu `single' atau satu lagu baru.

"Bagaimanapun, single atau lagu baru itu perlu dirakamkan semula di studio dan bukannya diambil dari mana-mana konsert sebelum ini," tegas Hanizam.

Menjawab pertanyaan mengapa syarat penyertaan tidak konsisten, Hanizam berkata, perkara itu dilakukan kerana mengambil kira situasi semasa dan pandangan mereka yang terbabit dalam bidang seni.

"Kami faham industri rakaman ketika ini berada dalam situasi yang tidak menentu," katanya.

No comments: