Filem Cicakman 2 - PLANET HITAM akan muncul tidak lama lagi, jadi pada sesiapa yang menggemari filem superhero malaysia pertama ini macam aku kena tunggulah kemunculan CICAKMAN 2 PLANET HITAM. ahakz!!
sinopsis Cicakman
Cicak-Man mengisahkan seorang anak muda, Hairi (Saiful Apek), secara tidak sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses ujikaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny (Yusry), bekerja di syarikat milik Profesor Klon (Aznil Nawawi), di Bandar Metrofulus. Akibat kejadian itu, Hairi dapat merasa perubahan dalam dirinya. Dia mula bersikap seperti seekor cicak yang berupaya memanjat dinding, luka yang cepat sembuh dan cekap menggunakan lidahnya yang panjang.
Profesor Klon pernah membuat ujikaji ke atas Gingerboys (AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie). Walaubagaimanapun, ujikajinya itu gagal. Akibatnya Gingerboys menjadi cacat dan mahu menuntut balasan daripada Profesor Klon. Untuk menenangkan Gingerboys yang berhasrat membunuhnya itu, Profesor Klon telah mencadangkan mereka menyertai misi Profesor Klon menakluki Metrofulus. Gingerboys bersetuju tanpa mengesyaki Profesor Klon hanya mahu mengambil kesempatan atas kebolehan mereka.
Pada waktu yang sama, Hairi dan Danny mula mengesyaki kegiatan jahat Profesor Klon dan konconya. Setiap kali Bandar Metrofulus ditimpa penyakit, Profesor Klon hadir bersama penawar. Dalam cubaan jahat untuk merampas kuasa bandar berkenaan, Profesor Klon menculik lima orang menteri Metrofulus dan cuba menukarkan mereka dengan klon ciptaannya. Hairi dan Danny mendapat tahu muslihat itu, lalu berusaha untuk menghalang.
Cicak-Man
Cicak-Man
Hairi juga meminati setiausaha Profesor Klon, Tania (Fasha Sandha), tetapi dia malu untuk meluahkan rasa cintanya. Dalam satu kejadian, dia menyelamatkan Tania dari cengkaman Ginger Boys. Begitupun, Tania menyangka Danny yang sebenarnya berselindung di sebalik topeng sang cicak.
Ujikaji Danny membuktikan kebolehan Hairi menjadi cicak akhirnya mendatangkan musibah kepada diri sendiri. Sel manusia Hairi akan berkurangan dan terus menjadi seekor cicak. Danny meneruskan pencarian antidot untuk Cicak-Man sementara Hairi/Cicak-Man menyelamatkan Metrofulus.
Profesor Klon menyangkakan bahawa Cicak-Man ialah Danny setelah Gingerboys menyelongkar rumah Tania dan membaca beberapa catatan Tania mengenai Cicak-Man yang disangkainya Danny. Setelah Profesor Klon menculik Danny, barulah Profesor Klon menyedari bahawa Hairi lah Cicak-Man sebenar.
Cicak-Man yang semakin tenat perlu menyelamatkan Danny dari Profesor Klon namun tidak berjaya. Profesor Klon menyuntik separuh antidot untuk Cicak-Man yang berjaya disiapkan oleh Danny sebelum ini pada Danny. Akibatnya, Danny menjadi lemah dan akhirnya mati. Walaubagaimanapun, Cicak-Man berjaya menyuntik antidot yang selebihnya dan menjadi kuat semula. Setelah menewaskan Gingerboys, Cicak-Man perlu berhadapan dengan klon beliau yang dicipta oleh Profesor Klon. Terbuktilah yang original lebih baik dari yang klon apabila Cicak-Man berjaya menewaskan klon ciptaan Profesor Klon.
Cicak-Man yang dikehendaki polis kerana disalah sangka mencabul Presiden Ramlan dan disalah sangka melakukan jenayah lain melarikan diri sebaik sahaja polis Metrofulus tiba. Profesor Klon dipenjarakan setelah didapati melakukan jenayah.
Tania yang menyangkakan Danny merupakan Cicak-Man terus bersedih dengan kematiannya. Hairi pula sudah berjanji tidak akan muncul sebagai Cicak-Man dan membiarkan Danny mati sebagai wira di mata Tania. Dalam pada itu, Profesor Klon yang ditangkap bukanlah Profesor Klon yang sebenar tapi hanya klon beliau sendiri.
Wednesday, January 2, 2008
KeputusanABP2006
* Bintang Paling Popular: MAWI
* Anugerah Biduan Veteran: JEFRYDIN
* Anugerah Seniwati Veteran: DATIN UMI KALTHUM
* Anugerah Khas Bintang Popular: DATUK JAMIL SULONG
* Pelakon Filem Lelaki Popular: SAIFUL APEK
* Pelakon Filem Wanita Popular: FASHA SANDHA
* Penyanyi Lelaki Popular: MAWI
* Penyanyi Wanita Popular: DATUK SITI NURHALIZA
* Penyanyi Nasyid Popular: RABBANI
* Artis Berkumpulan/Duo Popular: MAWI DAN JAMAL ABDILLAH
* Pelakon TV Lelaki Popular: ROSYAM NOR
* Pelakon TV Wanita Popular: FASHA SANDHA
* Artis Komedi Lelaki Popular: SAIFUL APEK
* Artis Komedi Wanita Popular: SHEILA RUSLY
* Artis Baru Lelaki Popular: FAIZAL AF4
* Artis Baru Wanita Popular: FARAHWAHIDA
* Pengacara TV Lelaki Popular: AZNIL NAWAWI
* Pengacara TV Wanita Popular: FARAH FAUZANA
* Penyampai Radio Lelaki Popular: HALIM OTHMAN
* Penyampai Radio Wanita Popular: LINDA ONN
EGITU pantas masa berlalu, selepas berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang awal tahun lalu, majlis anugerah yang boleh dilabelkan sebagai `pilihan raya' khusus untuk artis kini kembali lagi. Mulai hari ini, jika pembaca menyelak akhbar Berita Harian, pasti akan melihat borang senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABP-BH 2007) disiarkan.
Ini bermakna, bermulalah tanggungjawab mereka yang selama ini mengaku menjadi peminat dan penyokong setia seseorang artis itu untuk mengundi selebriti kesayangan mereka. Seperti yang selalu ditekankan penganjur sebelum ini, apabila membuat pilihan, mengundilah dengan bijak.
Memetik ucapan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) yang juga Penaung ABP-BH 2007, Datuk Manja Ismail pada majlis sidang media pelancaran ABP-Bh 2007 di Palace Of The Golden Horses kelmarin, sebagai pengundi mereka perlu melaksanakan mandat yang diberi mengikut naluri sendiri.
Lazimnya, sebaik saja acara selesai, pasti terdengar rungutan yang mengatakan kebanyakan pemenang terdiri daripada orang yang sama. Perlu diingatkan, sebagai majlis anugerah yang keputusannya seratus peratus ditentukan pembaca, pasti hasilnya juga adalah apa yang diinginkan pembaca.
Justeru, jika mahukan angin perubahan, jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan bijak tanpa mengikut telunjuk sesiapa. Selalu yang terjadi, kebanyakan pengundi memilih jalan selamat dengan mengundi mengikut cita rasa orang lain serta berdasarkan keputusan terdahulu.
Bukan cuba untuk memperkecilkan kredibiliti pengundi sebelum ini, tetapi kalau itulah formula yang digunakan, sampai bila pun pola pengundian tidak akan berubah dan hasilnya seperti itu juga. Jadi jangan salahkan pihak penganjur kerana kami sedaya upaya memberi ruang untuk pengundi memilih siapakah yang mereka rasakan layak untuk dinobatkan sebagai popular.
Sebagai peringatan, apabila borang sudah di tangan, pilihlah calon mengikut cita rasa, kehendak serta selera diri sendiri dan bukannya bergantung kepada apa yang orang lain suka. Bak kata pepatah, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, tinggal untuk berkayuh saja.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ke tua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Datuk Aziz Bakar, Pengarah Pemasaran NSTP, Pat Wahid dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABP-BH yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian; Hanizam Abdullah.
Berdasarkan situasi industri muzik yang semakin suram, penganjur turut memberi kelonggaran kepada calon un tuk kategori Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular dan Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular apabila setiap calon mesti sudah merakamkan satu `single' atau satu lagu baru.
"Bagaimanapun, single atau lagu baru itu perlu dirakamkan semula di studio dan bukannya diambil dari mana-mana konsert sebelum ini," tegas Hanizam.
Menjawab pertanyaan mengapa syarat penyertaan tidak konsisten, Hanizam berkata, perkara itu dilakukan kerana mengambil kira situasi semasa dan pandangan mereka yang terbabit dalam bidang seni.
"Kami faham industri rakaman ketika ini berada dalam situasi yang tidak menentu," katanya.
Saturday, December 15, 2007
Thursday, December 13, 2007
MP3 - New { Album Jadi Diriku - Elyana }
NAMA Elyana memang sudah terkenal di kalangan masyarakat umum terutama sekali di kalangan remaja. Album keempat penyanyi berusia 20 tahun ini iaitu Jadi Diriku baru saja berada di pasaran.
Album yang memuatkan 10 buah lagu itu menerima sentuhan komposer terkenal iaitu Aidit Alfian, Patrick Khamis, Tam Spider dan Marlin. Sementara penulis liriknya pula terdiri daripada Ad Samad, Loloq dan Seri Batrisya.
Elyana yang dihubungi baru-baru ini berkata, “Konsep album Elyana yang terbaru sama dengan album yang lepas iaitu moden rock.
“Keistimewaan album Elyana kali ini ialah dari segi olahan muzik yang lebih matang dan lebih bertenaga,” katanya.
Menurut Elyana, dia mengambil masa sebulan lebih untuk menyiapkan albumnya itu berikutan masa dan jadual aktiviti seninya yang berbeza dengan komposer dan pemuzik yang terlibat dalam pembikinan album tersebut.
“Saya memang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada para peminat dalam album ini. Jadi, harap-harap hasilnya dan penerimaan peminat memberangsangkan,” ujar penyanyi yang telah membuktikan bakat lakonannya dalam drama TV bersiri Dunia Baru ini.
Penyanyi yang pernah mewakili Malaysia ke pertandingan Voice Of Asia 2003 ini terkenal dengan imej berkaki ayam ketika membuat persembahan pentas. Memulakan kariernya sebagai penyanyi ketika berusia 14 tahun, Elyana dikenali menerusi lagu ciptaan Patrick Khamis iaitu Niat yang dimuatkan dalam album kompilasi, Pilihan Bistari Patrick Khamis pada 2001.
Karier Elyana terus bertapak apabila dia mula menghasilkan album solo pertamanya iaitu Elyana Satu pada tahun 2002 dan popular menerusi lagu-lagu ciptaan Patrick Khamis iaitu Rela dan Ironi.
Seterusnya sekitar tahun 2003, Elyana muncul dengan album kedua, Segalanya dan popular dengan lagu Sandiwara.
Sekitar tahun 2005 Elyana muncul kembali menyemarakkan industri muzik dengan album ketiganya Bicara Mata Ini. Antara lagu yang menaikkan nama Elyana menerusi album tersebut ialah Tak Tercapai Akal Mu.
Jadi Diriku menjanjikan kelainan dari segi muzik. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Jadi Diriku ini termasuklah Kau Atau Aku (Main Tarik Tali), Kalis Rindu, Syukur Ku Sedar, Niat 2008, Hati Bentuk Cinta dan Molek.
Walaupun album tersebut baru sahaja berada di pasaran namun, single Kau Atau Aku atau Kalis Rindu sudah pun mesra di kalangan peminat seni tanah air apatah lagi single tersebut seringkali diputarkan dicorong-corong radio tempatan.
Khas buat pengunjung akulayan.blogspot.com, muat turunlah album terbaru elyana ini pada title muat turun.. semoga terhibur!!
Wednesday, December 12, 2007
naruto
asslamualaikum.. pasti korang pernah tengok cite naruto dan aku yakin ramai yang menyukai siri animasi yang populer di japan nie (agaknyalah).
aku pun suka gak tengok cite naruto tambah pada watak utamanya iaini naruto dan sasuke..
cite naruto nie sebenarnya panjang episodnya.. kadang-kadang aku tertanya-tanya mcm mana owang japan nie ade idea yang banyak untuk wat siri animasi yang best nie yang aku sendirik x tau bila penyudahnya..
walau ape pun cite nie memang gempak!! ahak..
Tuesday, December 11, 2007
Hari ke dua
ini adalah hari ke dua aku dengan blog ini.. hari ini aku masih tercari-cari bahan untuk blog aku yang tak seberapa ni..
pada satu hari nanti blog aku nie akan dipenuhi dengan pelbagaI MP3 untuk korang dengar dan download.. kalo boleh.. hehe.
sekian. . .